BAHAN-BAHAN:
1 paket tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air daun pandan
INTI:
Sebiji kelapa parut muda
Gula melaka secukupnya
Air secukupnya
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air daun pandan
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan tepung pulut, tepung beras dan air pandan.Gaul hingga sebati dan ketepikan.
2. Setelah itu, bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil kemudian penyetkan ditengahnya supaya leper. Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk.
3. Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendidih tersebut hingga masak.
4. Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak, angkat dan toskan airnya.
5. Sementara itu, masak air gula melaka sehingga pekat dan masukkan kelapa parut.
Masak sehingga kering atau ikut citarasa sekiranya ingin sedikit lembab.
6. Akhir sekali, masukkan kuih tadi gaul bersama inti hingga sebati.

KUIH SAPIT
BAHAN-BAHAN:
220 gram tepung gandum
60 gram tepung beras
1 biji kelapa
5 biji telur
250 gram gula halus
500 ml air
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN:
1. Telur dan gula halus dipukul hingga rata
2. Ayak tepung gandum bersama tepung beras.
3. Masukkan bancuhan telur ke dalam campuran tepung dan kacau perlahan-lahan hingga sebati.
4. Masukkan santan perlahan-lahan dan kacau hingga adunan menjadi sebati.
5. Panaskan minyak bersama dengan acuan kuih Sapit.
6. Tuang satu hingga dua sudu adunan ke dalam acuan dan kapit ke dalam minyak untuk digoreng.
7. Apabila adunan telah kering, kulit kuih sapit akan menjadi keras di bahagian luar acuan.
8. Perlahankan api dan kikis kulit di tepi acuan.
9. Buka tudung acuan dan keluarkan isinya untuk dilipat denga segera.
10. Biarkan sejuk sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Others blogs for Brunei Traditional Foods:
www.mijmatdaud.blogspot.com
www.aabruneitraditionalfood.blogspot.com
www.TheBruneiFoods.blogspot.com